Produk Dilabel Sampah, Zarina Anjoulie Hentam Doktor Pakar

Ramai juga selebriti yang kini bergelar usahawan dan melibatkan diri dalam perniagaan produk kecantikan, termasuk pelakon Zarina Anjoulie. Namun, baru-baru ini, Zarina menghentam seorang pakar, Dr Rafidah Abdullah yang aktif memberikan kesedaran tentang bahaya ‘produk-produk sampah’ di media sosial.

Ia berikutan, Dr Rafidah ada menjawab soalan mengenai jenama produk yang pernah dipakai dan memberi kesan buruk bersama pengikutnya. Salah satu daripadanya adalah kepunyaan Zarina.

BACA: Siapa Ahli Politik Yang Ajak Zarina Anjoulie Ke Hotel?

Menerusi Instagram, Zarina mengeluarkan kritikan pedas terhadap Dr Rafidah. Zarina memberitahu, daripada terus menghentam lebih baik bantu pengasas produk untuk memajukan diri dengan memberikan ceramah secara percuma.

Kata Zarina lagi, lebih bagus jika pengamal perubatan itu menggunakan kepakarannya untuk bantu peniaga daripada hanya tahu mengkritik. Zarina turut menggelar Dr Rafidah ‘manusia sampah’ dan mengenakan ‘harga yahudi’ untuk diagnosis pesakit yang medapatkan rawatan.

Kenyataan Zarina itu menyebabkan dirinya dikecam teruk oleh netizen. Ada netizen mengatakan tugas doktor adalah untuk memberikan kesedaran tetapi untuk berikan ceramah percuma untuk memajukan diri bukan kerjaya seorang doktor.

Tidak kurang juga ada netizen meminta Dr Rafidah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Zarina kerana memfitnah. Bagaimanapun, kenyataan itu tidak lagi kelihatan, dipercayai sudah pun dipadam di Instagram Zarina.

×