fbpx

Nama POPULAR tidak asing lagi buat peminat setia Bibliophiles yang boleh dikatakan setiap tahun ada je koleksi buku terbaru yang menjadi kegemaran mereka.

Kini Bibliophiles boleh senyum lebar dan jangan lupa terjah BookFest @ Malaysia edisi ke-16.  Berlangsung di 43 kedai buku POPULAR / HARRIS terpilih di seluruh negara bermula 9 hingga 18 Disember — dan ya, ini termasuk Sabah dan Sarawak juga! Jadi, bersedialah untuk menerokai dunia anda dan sertai lawatan mendebarkan ke BookFest @ Malaysia!

BookFest @ Malaysia adalah antara acara tahunan yang dinanti-nantikan. Bagi yang tertanya-tanya tema tahun ini adalah  Big Dreams Great Journey yang diilhamkan oleh cerita klasik kanak-kanak The Wonderful Wizard of OZ. Di mana kali ini akan menampilkan watak fantasi termaksuklah Dorothy, The Tin Man, The Lion, dan The Scarecrow.

BookFest @ Malaysia kali ini akan membawa anda ke dunia fantasi anda sendiri. Sebab apa kami kata begitu. Hanya yang terjah BookFest @ Malaysia je yang akan tahu apa yang kami maksud kan! Jadi jangan lupa terjah okey!

Okey kami dah tak nak cakap banyak, jom tengok tawaran hebat yang melebihi imaginasi bila anda jejak kaki ke BookFest @ Malaysia sepanjang tempoh 10 hari ini.

Beli 2 Buku Dapat 20% Diskaun

Anda sedang dilamun cinta dan inginkan buku berkaitan love? Ini masanya untuk anda grab saja buku-buku berkaitan cinta sejati dan nikmati 20% diskaun untuk 2 buah buku keatas.

Shopping Sambil Grab Ganjaran Hebat

Tingkatkan kegembiraan anda dengan ganjaran hebat apabila berbelanja RM130* ke atas dan nikmati baucar penjimatan bernilai lebih RM100! Baucar penjimatan ini termasuk Baucar Promosi POPULAR RM10, Baucar Produk Alat Tulis, Baucar BIG Farmasi, Baucar GSC dan Baucar Marrybrown.

WOW! Dapatkan Sekarang Di BookFest

Masa untuk miliki kesemua ini di BookFest. Serendah RM7 anda boleh nikmati segalanya termasuk makanan ringan dan banyak lagi lah. Jangan lupa tengok gambar di atas kalau tak nak terlepas produk yang dipilih khas dengan tawaran hebat!

Diskaun Sehingga 70%*

Siapa yang tidak suka tawaran yang baik kan? Mulai hari ini anda boleh nikmati diskaun sehingga 70%* untuk buku fiksyen, gaya hidup dan bukan fiksyen serta alat bergaya dan alat tulis apabila anda membeli-belah semasa BookFest @ Malaysia 2022 berlangsung.

Daily Specials

Time untuk daily specials bakal tiba dan jangan sesekali anda lepaskan peluang yang menjimatkan ini. Best sebab boleh rebut lebih 100 produk termasuklah buku Inggeris, Melayu dan Cina, alat IT serta alat tulis yang jimat sehingga 55%*. Menarik kan?

Tawaran PWP Jimat sehingga 50%*

Dapatkan lebih banyak produk dengan nilai lebih murah. Belanja RM80 atau lebih di BookFest @ Malaysia 2022 dan manfaatkan Belian Dengan Belian untuk barangan pilihan seperti SonicGear Earpump TWS 1 True Wireless Earbuds pada RM49.90nett (UP: RM79.90nett) dan 350ml THERMOcafe Basic Living Flask with Pouch pada harga RM49nett (UP: RM98).

Authors’ Meet & Greet Sessions

Ingin mendapatkan autograf daripada penulis kegemaran anda? Pastikan anda tidak terlepas sesi perkongsian penulis pada 11 Disember ini di IPC Shopping Centre, Selangor, Damansara.  Anda juga berpeluang bertemu dengan dua penulis muda dan penuh inspirasi pada pukul 12 tengah hari iaitu

Zahirah Zamree, penulis Buat Muslimah Yang Jatuh Cinta dan Sofia Roses, pengarang Surat Dari Semesta. Kemudian pada pukul 2 petang, singgah bertemu penulis pemenang anugerah Norhafsah Hamid, penulis siri Time To Heal, Letters to God, Will You Stay dan ramai lagi.

Pada 17 Disember jam 2 petang, temui pula artis komik terkenal Malaysia Cheeming Boey, yang juga terkenal dengan siri buku When I Was A Kid diikuti ShaDhia pada pukul 1 petang, penulis buku terlaris Darlingku Mr. Cold Mafia pada 18 Disember.

Crazy POP Bargain

Buat peminat setia Gadgets & IT ada sesuatu yang menarik buat anda! Dapatkan beberapa produk teknologi terhangat seperti SPEAKER, FLASH DRIVE, WIRELESS KEYBOARD & MOUSE dan banyak lagi serendah RM10! Apa yang anda perlu lakukan ialah sertai sesi LIVE kami di Halaman Facebook POPULAR Malaysia pada 17 Disember jam 12 tengahari!

Eksklusif Kad Ahli POPULAR

Jika anda belum menjadi ahli, inilah masanya. Perbaharui atau daftar keahlian selama tiga tahun untuk mendapatkan Exclusive POPULAR Foldable Laundry Basket bernilai RM19.90. Anda juga boleh memilih untuk memperbaharui atau mendaftar keahlian anda selama setahun untuk mendapatkan Sharpie S-Gel pen bernilai RM4.90.

Selain itu, anda boleh memilih POPULAR E-Card dan mendaftar sebagai ahli melalui POPULAR MY APP. Mana-mana yang anda pilih, SERTAI kami sekarang dan nikmati diskaun dan keistimewaan ahli, eksklusif untuk anda!

Jangan tak tahu, sepanjang BookFest @ Malaysia berlansung ada pelbagai acara dan aktiviti hebat menanti korang. Jadi inilah masanya untuk tenggelamkan diri anda dalam pertemuan ajaib, ada di BookFest tahun ini!

Amacam banyak kan aktiviti menarik yang bakal berlangsung di BookFest @ Malaysia. Jadi jangan lupa rancang perjalanan ke dunia fantasi anda dan rasai sendiri dunia sebenar Big Dreams Great Journey yang anda impikan selama ini. Sebelum tu jangan lupa usha laman ini untuk E-Risalah dan pembelian anda di sana nanti.

Maklumat lanjut layari laman rasmi POPULAR dan Facebook POPULAR Malaysia atau muat turun Aplikasi POPULAR MY.