Polis Terima 44 Laporan, 3 Penyampai Radio Ke Bukit Aman Bantu Siasatan

Enam individu termasuk tiga penyampai radio swasta hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini berhubung dakwaan mempersenda upacara agama lain.

Memetik mStar Online, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata selain tiga penyampai iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin, tiga lagi kakitangan turut dipanggil.

BACA: “Tak Perlulah Gantung Tugas, Mereka Ada Keluarga Perlu Disara” – Shahrol Shiro

“Mereka akan diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya.

Menurutnya lagi, sebanyak 44 laporan diterima polis di seluruh negara melibatkan isu berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam,  tiga penyampai radio berkenaan tampil memohon maaf berikutan penghasilan video kontroversi itu yang dilihat mempersendakan upacara tarian agama Hindu.

Susulan isu tersebut, Astro Audio mengantung tugas tiga penyampai berkenaan sehingga siasatan dalam selesai.

SUMBER: mStar Online

×