fbpx

Polis Siasat Zul Huzaimy

Polis menerima laporan polis berhubung video pelakon Zul Huzaimy yang mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman dan ugutan.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Memetik BH Online, Setiausaha Polis Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Saaduddin, berkata kes berkenaan akan disiasat mengikut tiga seksyen berdasarkan dakwaan yang dikesan dilakukan Zul Huzaimy.

BACA: Mahu Sembelih Orang Bukan Islam, Zul Huzaimy Mohon Maaf

“Siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 506, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Terdahulu, tular video pelakon itu  mengeluarkan kenyataan menyatakan hasratnya untuk menyembelih ‘khafir harbi’ di Malaysia dalam satu majlis di Kemaman, Terengganu, pada 4 November lalu.

Bagaimanapun, Zul telah pun membuat permohonan maaf di Instagram pagi tadi serta menjelaskan maksud sebenar kenyataannya itu.

Katanya, kafir harbi yang dimaksudkannya adalah musuh Islam yang nyata, yang benci Islam, suka perkauman serta tidak membenarkan azan berkumandang terlalu kuat.