fbpx

Polis Sahkan Wanita Di Kafe & Hotel Bukan Zalina Azman

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai berita kehilagan bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak 8 bulan lalu.

Semalam, tular perkongsian di media sosial ada idividu mendakwa menemuai wanita dipercayai bekas pembaca berita itu di sebuah kafe.

BACA: Pemilik Kafe Dakwa Dikunjungi Wanita Seperti Zalina Azman Dalam Ketakutan

Terbaru, polis mendedahkan rakaman rakaman litar tertutup (CCTV) mirip Zalina memasuki sebuah hotel di Shah Alam pada Isnin lalu. Menerusi rakaman itu, wanita tersebut berpakaian serba hitam berjalan masuk di ruangan lobi sambil membawa dua buah beg.

Bagaimanapun, pihak polis mengesahkan wanita tersebut adalah individu yang sama datang ke sebuah kafe dan bukan Zalina tetapi seorang gelandangan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya sudah pun berjumpa dengan wanita tersebut.

“Pihak kami sudah menyemak dengan pekerja cafe itu dan mendapati (wanita) yang datang ke cafe berkenaan adalah gelandangan yang dijumpai di Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14.

“Pihak kami (polis) ada jumpa (wanita itu) di taman tasik berkenaan. Siasatan mendapati, semua (yang ditemui) adalah orang yang sama dan bukan Zalina,” katanya.

Dalam pada itu, pihak polis turut memuji usaha dan niat baik orang ramai yang membantu pihak berkuasa untuk menjejaki Zalina.

“Niat (orang awam) baik untuk membantu cuma individu itu bukan Zalina. Pihak polis mengalu-alukan orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat sehingga Zalina berjaya ditemui,” katanya.

https://youtu.be/kPs80woG_Tk