Polis mengesahkan selebriti lelaki yang ditahan kerana disyaki memiliki ganja di sebuah rumah di Cyberjaya petang semalam adalah pelawak Along Cham.
Memetik Utusan Online, pelawak berusia 41 taun itu direman selama lima hari sehingga 19 Disember ini.
BACA: Selebriti Lelaki Ditahan Bersama Ganja, Positif Dadah
Tempoh permohanan reman dikeluarkan oleh Mahakamh Majistret Telok Datok, Kuala Langat pagi tadi. Permohonan ke atas suspek dibuat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Semalam media melaporkan seorang selebriti lelaki ditahan bersama dua paket disyaki dadah jenis ganja. Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).
Siasatan juga mendapati suspek tiada rekod lampau dan kes disiasat di bawah Sekayen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
SUMBER: Utusan Online