fbpx

Polis Kenal Pasti Dua Individu Selain Sofi Jikan

Pagi ini orang ramai dikejutkan dengan berita penahanan pelakon, Sofi Jikan yang didapati positif ganja. Terbaru pihak polis sudah berjaya mengenal pasti dua lagi individu yang disyaki terbabit bersama Sofi seperti yang didedahkan oleh Datuk Farid Kamil sebelum ini.

BACA: Sofi Jikan Ditahan Positif Dadah Jenis Ganja

“Pelakon Sofi Jikan ditahan semasa dia tampil memberikan keterangan selepas didapati positif dadah dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, untuk perintah reman”

“Pada masa ini saya tidak dapat mendedahkan identiti dua lagi individu sehingga mereka tampil membantu siasatan. Dua lagi individu yang dinyatakan oleh Farid sudah menyatakan kesediaan untuk tampil membantu siasatan,” kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Sebelum ini Sofi telah ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara pada jam 11 malam semalam, selepas hadir memberikan keterangan berhubung laporan polis yang dibuat oleh Farid pada 31 Januari yang lalu.

Berikutan itu, ramai mendakwa Sofi merupakan salah seorang antara tiga selebriti yang didakwa Farid menganiaya dirinya dengan meletakkan dadah ke dalam minumannya sehingga khayal dan berkelakuan ganas. (rtky/w)