Bukan semua wanita boleh berkongsikan suami dengan wanita lain termasuk usahawan jamu sensasi, Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM.
Memetik Hib Glam, Kak KM berkata perkara itu tidak akan berlaku jika individu yang disondol tidak melayan dan dia tidak hanya menyalahkan penyondol sahaja.
BACA: Kak KM Hadiahkan Ibu Gelang Emas 80 Gram Sempena Hari Jadi Ke-70
“Bila ada isu sebegini, tidak boleh salahkan penyondol semata-mata sebab yang disondol pun silap kerana melayan.
“Kalau suami saya kena sondol, saya akan lebih marahkan dia berbanding wanita tersebut sebab melayan. Jangan main-main dengan saya,” katanya.
Sementara itu, Kak KM berkata dia hanya mampu mengingatkan suaminya, Razman Ramli serta berseloroh memberi ‘amaran’ kepada suaminya.
“Saya hanya ‘sound’ sebagai peringatan supaya dia tidak terlalu selesa dengan kehidupan sekarang. Apabila ada isu berkaitan penyondol, saya tunjuk kepada dia. Kalau awak berani kena sondol, kaki saya saiz 11,” katanya.
Dalam pada itu, Kak KM tetap dengan pendiriannya menolak untuk hidup bermadu meskipun ada yang mengaitkan poligami dengan payung emas.
“Orang kata kalau poligami dapat payung emas tetapi jika beri saya, memang siaplah kau. Kaki saya akan pergi dahulu, tak payah benda-benda lain. Kaki saiz 11, berani?” katanya.