fbpx

“Pindah Rumah Secepat Mungkin” – Diana Danielle Halau Farid Kamil

Sejak Isnin lalu hangat diperkatakan mengenai rumah tangga pasagan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle apabila aktres itu memaklumkan akan memfailkan cerai terhadap suaminya.

Menerusi perkongsian terbaru, Diana menafikan dakwaan suaminya bahawa mereka masih berhubung.

BACA: Farid Kamil Masih Sayang Isteri, Diana Danielle Muat Naik Status ‘Hipokrit’

Menurut Diana lagi, dia meminta agar Farid segera berpindah dari kediaman memandangkan mereka bakal bercerai.

“Kami tidak bercakap on the phone semalam. Dan saya sudah beri notis dalam Whatsapp untuk dia pindah rumah secepat mungkin kerana akan lalui process perceraian.

“Saya tidak akan benarkan hal yang tak pernah berlaku dikatakan berlaku. Saya juga tidak mahu sebumbung lagi seperti yang sudah dimaklumkan sendiri kepadanya. Sila hormati,” tulisnya.

Difahamkan, Diana mengeluarkan kenyataan itu susulan dakwaan Farid yang membuat pengakuan mereka masih lagi berhubung dan tinggal sebumbung.

Malah, Farid berkata kemelut rumah tangganya bersama isterinya itu sekadar perselisihan faham kecil yang berlaku ketika bulan mengambang.