fbpx

Tidak dinafikan membeli kereta baru satu pengalaman yang sangat berharga. Apatah lagi ia merupakan kereta pertama korang tetapi sebelum membuat keputusan untuk membeli kereta ada beberapa perkara yang harus dipertimbangkan.

Ia amat penting kerana melibat pengurusan kewangan dalam tempoh masa yang lama dan komitmen yang tinggi.

Jadi kami tak nak cakap banyak, jom kita layan 5 perkara yang wajib korang beri perhatian sebelum membeli kereta pertama.

1. Status Kewangan

Jangan terikut-ikut dengan gaya dan cara orang lain membeli kereta. Pastikan korang mampu mengurus pertambahan komitmen pembayaran kereta.

Apa-apa pun sebelum membeli kereta haruslah membuat pengiraan. Baki hasil gaji di setiap komitmen korang tu, barulah korang boleh membeli kereta dengan kadar bayaran bulanan di bawah paras baki itu.

2. Kadar Deposit

Jika korang memilih untuk membeli kereta dengan kadar deposit 0 peratus, komitmen bulanan korang akan menjadi sedikit tinggi berbanding dengan membayar wang pendahuluan 10 peratus.

Jadi part ni korang memang kena fikir habis-habis sebelum korang membuat keputusan. Takut nanti kedepan hari makan maggie bila tersalah buat pengiraan. HiHi

3. Jangan Lupa Bawa Benda Penting Ini

Sebelum korang membeli kereta korang jangan tertinggal pula dokumen penting yang diperlukan semasa hendak menghantar permohonan pinjaman. Antara dokumen yang harus jadi BFF korang masa ini adalah:

– Tiga bulan salin slip gaji
– Salinan kad pengenalan
– Salinan lesen memandu
– Salinan penyata akaun bank
– Salinan penyata KWSP terkini

4. Takaful

Part ni wajib ambil untuk memastikan kereta dilindungi dengan betul. Bank biasanya perlukan korang mengambil perlindungan takaful komprehensif ke atas kereta sebelum meluluskan pinjaman.

5. Pastikan Ada Share Ceria Deals

Okey yang ni korang wajib baca, bukan apa time ni lah korang nak jimat banyak bila membeli kereta.

Bila nak membeli kereta tu selain korang sediakan empat perkara di atas pastikan korang google dulu, kereta mana yang ada benefit yang akan menceriakan hari korang.

Contohnya, macam kereta dari Honda. Setiap bulan Honda Malaysia akan memberi rebat atau ganjaran ke atas model kereta Honda terpilih. Jadi korang boleh memilih antara rebat atau baucar servis sehingga RM4,000 sebagai jumlah ganjaran.

Bagi korang yang nak membeli kereta part ni wajib. Barulah korang boleh dapat rebat yang semewah ini. Tak semua jenama kereta ada tau.

Jadi sebelum korang pergi google mencari model kereta Honda yang korang minat tu, kami harap perkongsian tips ini membantu. Ingat nak selalu ceria jangan lupa dapatkan Share Ceria Deals dengan Honda.

Maklumat lanjut layari laman Facebook, Instagram dan Youtube Honda.