Persahabatan Masih Kekal, Jep Tetap Sayang Shuib
Baru-baru ini, perkongsian Jep Sepahtu menjadi perhatian apabila memuat naik penjelasan mengapa sahabatnya, Shuib Sepahtu tiada dalam Sepahtu Reuinion Live (SRL) sekaligus menjawab pertanyaan netizen.
Sementara itu, menerusi satu video dikongsikan seorang pengguna di TikTok, Jep menjawab soalan daripada peminat sama ada dia masih sayangkan Shuib atua tidak.
BACA: Ibu Shuib Dedah Punca Anaknya Tak Berminat Lagi Sertai SRL
Shuib berkata rasa sayangnya terhadap sahabat-sahabatnya tidak berubah serta memberitahu perkongsiannya itu adalah penjelasan.
@y13nnn29_ DOA YANG BAIK² #jep #jepsepahtu #jepsepahtu? #jeptapan #tapantakgila #shuib #shuibsepahtu #mamat #mamatsepah #sepah #rahim #lawakmalaysia #lawak #sultan #live #random #lawakmalaysia #lawak #viral #trending #fypage #fyp? #fyp #fyp??viral #malaysian #malaysia #malaysiatiktok #friends #friendship #fyp? #fyp #fyp??viral #malaysian #malaysia #malaysiatiktok #beranda #berandatiktok #xyzbca
“Mestilah sayang. Saya sayang kawan-kawan saya. Yang saya ceritakan tu saya jelaskan keadaan je. Tak adalah bila macam tu kita tak kawan ke musuh.
“Dalam penulisan tu saya tak ada pun sentuh apa-apa saya cuma jelaskan itu kenyataannya. Kalau nak tanya sayang ke tak, mesti sayang kawan-kawan kan,” katanya.
Menurut Jep lagi, sudah tentu dia sayangkan Shuib apatah lagi individu itu yang menemaninya dalam industri seni sepanjang bergelar anak seni.
“Berbalik pada soalan tu, mestilah saya sayang Shuib. Dia di antara orang yang menemani perjalanan seni saya. Tapi haritu saya cerita keadaan sebenar supaya tak tergantung, jadi fitnah, ada andaian yang bukan-bukan,” katanya.
Tapi mak soib bekap ank dia lain machiam. Sebab jep nilah soib xnak join SLR lagi.
Itu mak.. mestilah bekap anak, mesti anak dialah terpaling victim. Dua2 dah tualah Shuib dan Jep ni, klau nak bubar, bubar sajalah, terus terang, takperlu konar2. Masing2 dah ada nama, boleh jual diri sendiri. Adat hidup, laki bini pun boleh bercerai ini kan A-Sahabat. Toksahlah tunding jari, move on saja.
Jep dah mula cakap mcm orang politik. Statement mcm retis bercerai pun ada, kami tetap berkawan baik walaupun sudah bercerai. Mengarutlah nak berbunyi mcm retis hollywood konon padahal dua2 menyampah.