Pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI), Sugeeta Chandran mendedahkan dia seorang vegetarian dan tidak makan ikan mahupun memasak hidangan berasaskan ikan.
Memetik Harian Metro, tular videonya menyiang ikan bersama rakan pengacara ketika sesi siaran langsung, Sugeeta berkata dia pernah menyiang ikan namun sekali saja.
“Saya vegetarian, tak makan ikan, tak masak ikan dan pernah siang ikan pun sekali saja, itu pun manja-manja,” katanya.
Berkongsikan lanjut mengenai siaran langsung itu, Sugeeta berkata dia rakan pengacara, Syira diminta untuk melakukan cabaran dalam satu segmen namun tidak diberitahu lebih awal oleh penerbit.
@_pokcik_ Ikan tak perlu siang kak, campak terus dalam kuali tu haaa ??#fyppppppppppppppppppppppp #fyp??viral #CapCut
“Kalau pernah menonton rancangan WHI, akan ada segmen untuk pengacara dan kita (pengacara) pun tak tahu apa cabaran akan diberikan. Pada hari berkenaan, ada menu berasaskan ikan dan cabarannya menuntut saya dan Syira menyiang ikan.
“Saya pula duduk di rumah seorang saja dan kalau di rumah keluarga, emak beli ikan pun yang sudah siap siang maka menyiang bukan perkara yang saya biasa lakukan.
“Tapi sebagai pengacara kita lakukan saja cabaran diberi dan tak sangka pula (video) akan tular kerana biasalah, bila siaran langsung ada yang menjadi, kadang tak reti buat,” katanya.
Sementara itu, dia sedar mengenai kecaman dilemparkan oleh netizen namun tidak tertekan dan terlalu memikirkannya. Malah, dia dan rakan pengacara juga tidak melatah dengan kecaman diberikan.
“Saya tiada TikTok dan Twitter (merujuk aplikasi X), hanya IG saja dan tahu video itu tular pun selepas diberitahu rakan.
“Saya ada baca beberapa komen cuma yang kurang menyenangkan apabila ada mengaitkan wanita dengan menyiang ikan sedangkan ia bukan penentu wanita itu hebat atau tidak kerana ada dalam kalangan mereka dibantu ayah atau suami.
“Jadi bagi saya, jangan stereotaip kerana kalau tak tahu, boleh belajar dan jika ada kelemahan jangan burukkan mereka (wanita),” katanya.