Kini dalam proses sembuh selepas dijangkiti virus Covid-19, abang kepada Allahyarham Siti Sarah iaitu Ahmad Firdous mengkaui menyesal terpengaruh dengan dahyah antivaksin.
Firdous berkata dia berharap orang ramai menjadikan kejadian yang berlaku pada keluarganya satu pengajaran. Ujarnya, dahulu dia menganggap Covid-19 perkara biasa.
BACA: Sebulan Bertarung Nyawa, Paru-Paru Abang Siti Sarah Rosak
“Yang mana orang kata saya antivaksin, tak apa la, itu pengalaman dan pengajaran untuk saya. Saya terima kecaman itu semua.
“Saya berterung terang, walaupun sebelum ini saya antara pengikut antivaksin tapi apabila dah terkena jangkitan bar saya tahu perit untuk melawan Covid-19,” katanya.
Firdous berkata dia akan mengambil vaksin selepas paru-parunya sembuh sepenuhnya seperti yang disarankan oleh doktor.
“InsyaAllah bila dah sihat, saya akan ambil vaksin sebab bila kena Covid walaupun level 1 atau dua, korang boleh jangkit pada orang lain,” katanya.
Dalam pada itu, Firdous mengucapkan terima kasih kepada frontliners yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawanya serta memohon maaf kepada mereka di atas perkongsian antivaksin dimuat naik olehnya sebelum ini.
“Pada mereka yang saya pernah tulis pembunuh la, apa la..saya mohon maaf banyak-banyak pada doktor dan berterima kasih.
“Mereka bertungkus lumus menyelamatkan nyawa saya ni. Frontlines yang menjaga di ICU saya. Yang kita ni kata nurse tu nak bunuh kita. Tula, bila dah kena baru tahu. Baru rasa teruklah kita ni menyebar benda tak benar. Tak baik…padahal dia yang tolong kita,” katanya.
Ogos lalu, Firdous dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor dan ditidurkan sehari selepas paras oksigennya menurun.
Akibat virus Covid-19, Firdous dirawat di hospital lebih sebulan dan memaklumkan jangkitan tersebut menyebabkan paru-parunya rosak teruk.