fbpx

Reda kisah percintaannya dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida, hangat diperkatakan apabila usahawan sensasi, Ahmad Iqbal dikhabarkan akan muncul dengan single terbaru berjudul Hujan.

Menerusi satu perkongsian, Iqbal berkata lagu tersebut adalah kisah benar tentang suka duka perjalanan hidupnya selama ini dan akan dilancarkan pada 1 November depan.

BACA: Iqbal Nak Parking Kereta Mewah RM1 Juta Depan Muka Michael Ang

“1 November lagu saya yang bertajuk Hujan (Official Music Video) bakal ditayangkan di YouTube Rusa Music. Mengisahkan tentang kisah benar, perjalanan hidup saya yang dilalui selama ini,” tulisnya.

Menjawab pertanyaan netizen mengenai tajuk lagu tersebut, yang merasakan sesuai diberi tajuk sebagai ‘Banjir’, Iqbal lagu itu diberi tajuk Hujan kerana dia pernah dihalau dan kebasahan ketika hujan.

“Hujan kerana waktu itu saya kebasahan di tengah hujan, dihalau ketika sedang hujan lebat. Bukan banjir,” jawabnya.