Permohonan BPN Tidak Lulus, Mak Wan Jual Kuih Tart Sara Hidup
Pasti ramai yang sedang tersenyum gembira apabila permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) daripada kerajaan sudah pun lulus dan ada diantara mereka sudah pun menerima bantuan tunai tersebut.
Namun, berbeza buat pelakon veteran, Mak Wan yang menjual tart nenas bagi menambah pendapat selepas permohonan BPN tidak berjaya. Bagaimanapun, Mak Wan tetap meluahkan rasa syukur bantuan daripada Seniman dan rakan artis masih ada lagi.
“Alhamdulillah, bantuan daripada Seniman dan rakan artis tempoh hari masih ada. Cuma, saya kena berjimat cermat. Lagi pula saya tinggal sendiri. Bukan makan banyak sangat pun.
“Sepanjang Ramadan ini memadai saya minum air suam dan makan dua ke tiga biji kurma. Bagi menambah pendapatan pula, sekarang saya buat tart nanas. Saya sudah mula sejak dua minggu lalu.
“Walaupun permohonan BPN gagal, insya-Allah, ini rezeki untuk saya. Tapi, saya dimaklumkan boleh buat rayuan. Macam tart nanas, jika ada pesanan baru saya buat dan akan hantar kepada pelanggan. Kalau yang dekat dengan saya, mereka datang ambil sendiri,” katanya kepada Harian Metro.
Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud berkata turut berkongsikan kmengenai kesihatan dirinya, sudah seminggu dia tidak boleh berjalan disebabkan masalah bisul di kaki.
“Sudah hampir seminggu saya tidak sihat dan bacaan kencing manis pula naik sehingga 19. Ditambah pula ada masalah bisul di kaki.
“Jadi, saya tidak kuat untuk berjalan. Mungkin sebab itu juga badan saya kurang sihat. Insya-Allah, selepas makan ubat beransur sembuh,” katanya.
Dalam pada itu, Mak Wan turut berterima kasih berterima kasih kepada beberapa rakan artis yang membantunya. Selain Seniman, Ahli Dewan Undangan Negeri Kg Batu dan Persatuan Projek Perumahan Rakyat (PPR) tempat tinggalnya turut membantu.
- SUMBER
- Harian Metro
sheila rusly brp umur die eh? nmpk kat story x pernah missed lg solat terawih die tu.. puasa full.. hmmm.. xkan dah mnp*** eh?
prasan gak.. dah hari2 die up citer puasa sahur terawih.. .. dari bln syaaban lg.. ha lama dah tu..
lenkali x pyh la up citer hari2 kan .. org prasan ..
Mana artis2 yg selalu pegi holiday naik 1st class IG overseas branded sume hidup glamer ada produk x nk banti kew?
Nanti ustaz Ebit Lew datang …
@Girls90…kak Sheila tu umur baru 48 kot…makcik ni dah 60 beza
Kak sheila 49
Mas idayu 51
Semoga mak wan murah rezeki
Mak wan maybe 60an
Rosnah mat aris 65
kartina aziz 65
Normah damanhuri 65
Fauziah nawi 66
Mak engku 67
Wan maimunah 67
Anita sarawak 68
Norlia ghani 71
Mak jah 72
Mak mah 73
Sdapnya tart Nenas…
Makwan ni slalu pegang watak org gaji dlm drama… Maybe pasni blh tukar watak laen.. Watak datin mcm mama amar n hakim dlm dihujung ranting.. Geram watak mak hakim tu.. Sian mawar
Kesian..mcm mane ye nak beli tart mak wan ni? Minat lah
nak jugak tat nenas
Minat tart nenas…nak juga tart nenas.. semoga Allah mempermudahkan urusan mak wan
ni smua gang gang nak declare pendapatan dkt lhdn. mcm mana nak lulus huu