Pelakon Amar Baharin bersama pendaki Gunung Everest, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin akan menjayakan misi berbasikal Kembara Makkah, tahun depan.
Menerusi perkongsian di Instagram, Amar berkongskan mengenai perkara itu dan akan memulakan misi dari Kuala Lumpur ke Arab Saudi selama tiga bulan. Amar turut menyifatkan perjalanan itu menuju penyucian jiwa serta mencari makna nikmat Tuhan.
BACA: Hamil Anak Kedua, Amyra Rosli Ketagih Kemas Rumah
View this post on Instagram
Memetik BH Online, Amar berkata pada awalnya isterinya, Amyra Rosli agak keberatan untuk menerima misi tersebut kerana ia merupakan kali pertama mereka berjauhan dalam tempoh lama.
“Untuk sampai ke sana perlukan tenaga yang banyak. Kami bukannya berkereta atau tunggang motosikal. Jadi, isteri agak risau. Tetapi dia mula berlapang dada dan terima misi ini.
“Tetapi saya pun tak biarkan isteri dan anak-anak begitu sahaja. Mungkin ada sesetengah tempat yang boleh keluarga sampai, saya akan terbangkan mereka agar kami dapat berjumpa,” katanya.
Dalam pada itu, Amar juga tidak bimbang terpaksa menolak ‘job’ lakonan sepanjang tiga bulan itu kerana percaya dengan rezeki Allah.
SUMBER: BH Online