Pelakon Sharnaaz Ahmad menitipkan nasihat untuk terus menjaga kedua ibu bapa serta sentiasa membuat yang terbaik selagi mereka masih ada.
Menerusi entri di Insta Story, Sharnaaz berkata kehilangan ibu bapa merupakan perkara yang sangat perit namun menganggap ianya adalah ujian sebagai tanda Tuhan masih menyayanginya.
BACA: “Aliff Aziz, Engku Emran Aku Reject” – Sharnaaz Ahmad Seloroh Pasal ‘Persatuan Duda’
“Jika anda masih ada ibu bapa, jaga dan sentiasalah buat yang terbaik sementara mereka masih ada. Perit kehilangan itu sangat dahsyat. Terima kasih Allah atas dugaan yang hebat tandanya Dia sayang kita,” tulisnya.
Sementara itu, Sharnaaz mengucapkan terima kasih buat mereka yang mengucapkan takziah dan menitipkan doa di atas pemergian bapanya iaitu Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad.
“Terima kasih atas ucapan dan doa dari sahabat, rakan seperjuangan saudara mara.
“Harap maaf saya tak boleh nak balas semua, semoga yang mendoaakan dilimpahkan dengan rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik,” tulisnya.