fbpx

Anda mungkin mengenali jenama Marshall namun kurang tahu akan pencipta di’sebalik jenama yang begitu berjaya dalam dunia muzik hari ini.

Perintis jenama amplifier gitar mampu milik ini, Jim Marshall baru sahaja pergi meninggalkan kita semua selepas mengalami beberapa serangan strok selain menghidap penyakit kanser, menurut anak lelaki beliau. 

Berpusat di England, Jim Marshall berkata beliau mencipta amplifier pertama beliau sekitar tahun 1960. Ciptaan beliau menjadi popular & wajib ada buat artis seperti Pete Townshend, Jimi Hendrix, Eric Clapton & Jimmy Page.