Baru saja pulang dari menunaikan ibadah umrah hujung bulan lalu, pelakon Eyka Farhana dikecam apabila tampil seksi ketika menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsian, Eyka memuat naik gambar menggayakan dres pendek menampakkan bahagian pahanya ketika pertunjukan fesyen rekaan Alia Bustaman.
BACA: Netizen Ugut Nak Jumpa Di Akhirat, Eyka Farhana Anggap Sedekah Tak Perlu Tunjuk
View this post on Instagram
Seperti sudah dijangka, ruangan komen perkongsian itu dihujani dengan kritikan netizen susulan penampilan seksi pelakon itu apatah lagi baru saja pulang dari Tanah Suci.
Sementara itu, ada segelintir mendakwa mereka merasakan artis yang pergi umrah seperti bercuti. Malah ada yang memberi teguran agar pelakon itu tampil lebih sopan.