fbpx

“Pergi Tanah Suci Untuk Beribadah Bukan Berseronok”

Pelakon Uqasha Senrose meluahkan rasa terkilan apabila ada segelintir individu mengecam rancangannya untuk menunaikan umrah bersama suaminya, pelakon Kamal Adli.

Kata Uqasha, dia sudah beberapa kali menunaikan umrah dan keputusannya untuk ke Tanah Suci adalah untuk beribadah dab bukannya berseronok sebagaimana yang difikirkan.

BACA: “Uqasha Tu Manja Dia Lain Macam Tahap Kucing Parsi, All The Best Kamal”

“Saya telah menunaikan umrah sebanyak tiga kali sebelum ini dan sudah melalui proses khusus untuk ke sana, bukannya pergi hendak berjalan-jalan. Orang nak beribadah, bukan ke sana nak ‘main’. Cantik sungguh bahasa masya-Allah,” tulisnya di Insta Story.

Menurut Iqasha, jika dia benar-benar mahu berseronok seperti yang didakwa sudah pasti dia memilih lokasi lain untuk berbulan madu bersama Kamal.

“Jika nak berbulan madu, lebih baik saya pilih tempat lain. Saya pergi dengan agensi yang disertai oleh ustaz. Saya juga ke sana bukan ha­nya dengan suami sahaja, adik-beradik seperti Nelydia Senrose juga ikut. Sepatutnya doa yang baik-baik atau mengirimkan doa, Allahuakbar,” tulisnya.

Terdahulu, Uqasha memuat naik perkongsian oleh sebuah akaun parodi di Twitter yang memberi pesanan ‘mesra’ untuk dia dan Kamal agar berhati-hati sepanjang menunaikan umrah bagi mengelakkan daripada dikenakan bayaran dam.

Minggu lalu, Kamal dan Uqasha mengejutkan ramai apabila mengumumkan sudah pun sebulan bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan pada 5 November lalu.