fbpx

Perform Di Muzik-Muzik, Janna Nick Teringin Nak Nyanyi Di Pentas AJL

Baru saja melancarkan lagu baru berjudul Gatal, lagu nyanyian Janna Nick bukan sahaja tular di Malaysia malah menjadi perhatian sampai ke luar negara.

Tersenarai dalam pencalonan Muzik-Muzik 37, semalam Janna menyanyikan lagi tersebut di program berkenaan.

BACA: Lagu Gatal Janna Nick Viral Sampai Ke Turki

Menerusi perkongsian di Instagram, Janna turut meminta kepada peminatnya supaya mengundi lagunya itu. Malah, Janna turut meluahkan keinginannnya untuk menyanyi di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL).

Perkongsian Janna itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya yang teruja serta mendoakan agar aktres itu berpeluang mempersembahkan lagu Gatal di pentas AJL.