“Perceraian Bukan Penamat Kehidupan, Bukan Satu Tragedi”

Selepas mengumumkan perpisahan pada November tahun lalu, punca perceraian antara pelakon Mawar Rashid dan bekas suaminya, Raf Yaakob masih menjadi tanda tanya.

Namun, kedua mereka masih bersikap profesional menutup kisah peribadi mereka itu. Malah, Raf menafikan dakwaan ada orang ketiga dalam rumah tangga mereka sehingga berakhir dengan perceraian.

BACA: “Mawar Rashid, Raf Bercerai Bukan Disebabkan Orang Ketiga” – Wawa Zainal

Memetik Kosmo, Mawar akhirnya berkongsi rasa mengenai perceeraiannya yang disifatkan bukan penamat dalam kehidupan dan sudah tiba masa untuk dia membuka buku baru dalam hidup.

“Mungkin kita kena buka fikiran, perceraian bukan penamat kehidupan. Anggap itu babak hidup yang perlu ditutup. Perceraian juga bukan satu tragedi, sebaliknya kesengsaraan adalah jika anda hidup dalam rumah tangga yang tidak bahagia.

“Sekarang tiba masa untuk buka buku baharu dalam hidup saya. Orang takut nak umum perceraian, sebab masyarakat akan pandang negatif,” katanya.

Sementara itu, Mawar berkata dia akur dengan keputusan yang dibuat secara bersama itu dan biar mereka saja yang tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka.

“Keputusan ini memerlukan kekuatan untuk bawa diri keluar dari sesuatu yang tidak layak. Malah, itu semua membuatkan saya bangga dengan diri sendiri.

“Bagaimana saya mengumpul kekuatan, menggali dalam mencari siapa diri saya yang sebenarnya. Apa yang berlaku, sebab dan akibat, biar hanya kami yang tahu,” katanya.

Dalam pada itu, kini dilihat lebih bahagia menjalani kehidupan bersama anak-anak, Mawar berkata doktor memberitahu kesihatan mentalnya dalam keadaan baik.

“Bagaimana saya mengumpul kekuatan, menggali dalam mencari siapa diri saya yang sebenarnya. Apa yang berlaku, sebab dan akibat, biar hanya kami yang tahu,”

“Doktor juga maklumkan kesihatan mental saya dalam keadaan baik. Saya kembali memeluk diri sendiri dengan ‘suka cita’ dan bahagia,” katanya.

×