fbpx

Perbezaan Agama Bukan Isu, Keith Foo Terbuka Dalami Islam

Kini menjalin hubungan cinta dengan pelakon Riena Diana, aktor Keith Foo berkata dia tidak menganggap perbezaan agama menjadi isu atau sesuatu yang asing dalam hidupnya.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Memetik Harian Metro, Keith berkata dia memohon orang luar mendoakan yang terbaik untuk dia mendekati agama Islam sebaik mungkin serta lebih dekat.

BACA: Riena Diana Tak Nak Sorok Hubungan Dengan Keith Foo

“Saya anggap fasa ini adalah proses pembelajaran untuk saya mendalaminya dengan lebih dekat. Lagipun soal agama (Islam) ini bukan sesuatu yang asing dalam keluarga saya, namun ini adalah waktu terbaik untuk kami saling mengenali termasuk aspek lain.

“Cuma buat waktu ini saya memohon doakan yang terbaik supaya apa yang saya lalui sekarang akan lebih indah pada masa mendatang,” katanya.

Sementara itu, Riena berkata dia ada berbincang dengan Keith mengenai agama dan kekasihnya itu terbuka untuk mengenali agama Islam dan bukan semata-mata kerana dirinya.

“Kami ada juga berbual mengenai perkara ini dan apa yang lebih indah adalah dia terbuka hati untuk belajar dan mendalami agama Islam bukan semata-mata kerana saya.

“Sebaliknya dia sendiri yang terbuka hati. Bagi saya selepas saya memilih untuk bersamanya, saya perlu berikan sepenuh tumpuan untuk hubungan ini,” katanya.

SUMBER: Harian Metro