fbpx

“Perangkap Apa Kalau Kena Tangkap Atas Katil Saya”

Mungkin tidak tahan dengan dakwaan palsu yang dikeluarkan oleh Puteri Mardiana ke atas dirinya, isteri kepada Ejump iaitu Nor Hasni, telah tampil membuat penerangan panjang lebar di akaun Facebook miliknya malah lebih teruk lagi, Mardiana turut menggelarkan dirinya sebagai kerbau tua.

BACA: Putri Mardiana, Kekasih Sekali Lagi Ditangkap Basah

Perangkap-Apa-Kalau-Kena-Tangkap-Atas-Katil-Saya, HASNI---ROTIKAYA

Mengikut daripada apa yang ditulis oleh pihak Nor Hasni, dia mendakwa kenyataan yang dikeluarkan di dalam akhbar dan juga televisyen oleh Puteri Mardiana adalah sangat tidak tepat malah dalam masa yang sama turut menjatuhkan maruahnya selaku isteri yang masih sah buat Ejump (kini dalam proses penceraian).

Malah Nor Hasni kali ini juga menggunakan peluang untuk mempertahankan dirinya dengan membongkarkan bahawa Putri Mardiana dan Ejump ditangkap khalwat kali kedua di atas katil di dalam bilik tidurnya. Lebih teruk lagi, selepas tangkapan pertama dilakukan, Putri Mardiana dan Ejump terus tinggal bersama seperti pasangan suami isteri. Wow!

Nampaknya perkara ini seperti tidak berkesudahan jika kedua-dua pihak tidak mengambil keputusan untuk berani tampil berjumpa depan-depan. Kami pun bingung dengan situasi sebegini, tetapi jika anda mempunyai banyak masa untuk mengikuti perkembangan ini, boleh klik di sini untuk mengetahui situasi dengan lebih lanjut dan mendalam. Wah, macam penyiasat, bukan? (rtky/syfq)