fbpx

Penyebab Muflis, Hana Tak Mungkin Kembali Bersahabat Dengan Watie

Bekas penyanyi kumpulan Elite, Hana Adnan berkata dia tidak mungkin kembali bersahabat dengan Watie selepas diisytihar muflis 10 tahun lalu.

Memetik Kosmo, Hana berkata kejadian tersebut memberi kesan terhadap dirinya sehingga hilang keluarga, tertekan serta penat kerana perlu turun naik mahkamah.

BACA: Watie Maafkan Hana Tapi Tak Mungkin Kembali Jadi Kawan

“Apa yang berlaku pada saya, kalau orang tak kuat mungkin boleh terus jatuh tersungkur. Tetapi saya bersyukur kerana masih dikurniakan ahli keluarga dan sahabat yang banyak menyokong saya.

“Tetapi untuk kembali bersahabat dengan dia (Watie) perkara itu tidak mungkin terjadi sama sekali. Maaf cakap. Biarlah orang nak kata saya jahat, tetapi saya tidak perlukan kawan seperti itu,” katanya.

Sementara itu, Hana berkata dia kini lebih selesa bekerja di belakang tabir dan belum terfikir untuk kembali aktif dalam bidang seni.

“Kalau saya nak buat ‘comeback’ pun mungkin dalam bidang peragaan. Tetapi tunggulah beberapa tahun lagi,” katanya.

Terdahulu, Hana pernah diisytihar muflis pada 1 April 2013 selepas Watie yang menggunakan namanya untuk membeli sebuah kereta Toyota Wish pada tahun 2005, namun gagal menjelaskan pinjaman bank sejak September 2010. 

SUMBER: HibGlam