Pada April lalu tular mengenai penyanyi nasyid didakwa berlaku curang terhadap isterinya apabila dilihat keluar berduaan dengan wanita lain di sebuah pusat membeli-belah.
Terbaru, Astro Gempak menerima mesej daripada individu tidak dikenali mendedahkan identiti penyanyi nasyid tersebut yang dikatakan mempunyai skandal itu.
BACA: Penyanyi Nasyid Terkenal Curang? Jalan Pegang Tangan Dengan Wanita Lain
Menerusi mesej berkenaan, penyanyi lelaki yang juga merupakan ahli kumpulan nasyid terkenal dikatakan berlaku curang sejak tahun lalu.
Menurut individu itu lagi, wanita didakwa menjadi orang ketiga itu dikatakan anak kepada ahli politik dan mereka kerap ‘dating’ di pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.
“Info yang orang tu bagi pada saya, hubungan artis ni dengan perempuan tu terjalin sejak pergolakan rumah tangga artis tu dengan isteri dia sejak akhir tahun lalu.
“Tapi tak ada orang tahu sebab diorang cuba tutup dengan up story yang indah-indah walaupun sebenarnya rumah tangga dah di hujung tanduk. Orang tu juga bagitahu yang perempuan ni adalah anak ahli politik dan umur dia 26 tahun,” tulis individu itu.
Kata individu itu lagi, isteri penyanyi berkenaan baru lepas bersalin dan tahu mengenai hubungan sulit suaminya dan benarkan mereka berkahwin.
Sumber: Astro Gempak