Pelakon Zara Zya bersyukur penyakit sista (cyst) yang disahkan kanser tahap satu dapat dikesan awal sebelum menjadi lebih parah.

Memetik Xtra, Zara berkata penyakit cyst itu dikesan secara kebetulan ketika dia menjalani pemeriksaan ujian MRI ketika mendapatkan rawatan masalah sakit pinggang dihadapinya.

BACA: Doktor Terkejut Imbasan X-ray Gigi Ada Jarum, Zara Zya Disangka Pakai Susuk

“Saya memang ada arthritis yang menyebabkan seluruh badan rasa sakit. Saya tak boleh berdiri atau baring lama, dan tak boleh angkat berat kerana daya ketahanan yang lemah.

“Tapi bila buat MRI rupanya mereka temui fibroid dan cyst. Kalau bukan kerana MRI saya takkan tahu cyst saya berada di tahap awal kanser. Akhirnya saya jalani tiga prosedur pembedahan dan sebulan di rawat di hospital,” katanya.

Menurut Zara dia menjalani pembedahan pembeuangan cyst di ovasi serta prosedur lain di bahagian buah pinggang dan leher setahun lalu.

“Alhamdulillah sudah setahun kanser itu dibuang. Sekarang saya lebih berhati-hati, jalani fisioterapi, kawal pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat.” katanya.

Sumber: Xtra

×