Penyanyi Nana Sheme berkata dia tidak lagi berdepan masalah anxiety atau keresahan sejak empat tahu lalu selepas dipertemukan dengan suaminya, Zikri Zakaria.
Memetik Kosmo, Nana atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi berkata suaminya menjadi tempatnya meluahkan perasaan.
BACA: Nana Sheme Gemuruh Pakaikan Samping Suami
View this post on Instagram
Menurut Nana, dia bergantung kepada ubat di bawah pemantauan doktor sejak usia 12 tahun namun tidak lagi memerlukan pil atau berjumpa pakar sejak 2019.
“Saya pernah mengalami masalah anxiety sejak awal belasan tahun yang memerlukan saya mengambil pil sehingga keadaan kesihatan saya disahkan pulih sekitar empat tahun lalu.
“Perkara ini pernah saya kongsikan ketika awal kemunculan dulu yang asalnya berpunca daripada trauma ketika kecil berikutan perpisahan orang tua saya disusuli pemergian ibu pada usia saya 15 tahun.
“Alhamdulillah, selepas bertemu suami saya, Zikri Zakaria empat tahun lalu yang menjadi tempat saya berkongsi semua cerita dan tempat mengadu, emosi saya semakin stabil dan kembali tenang.
“Berbeza dengan dulu, hal kecil yang sebenarnya tiada isu pun boleh mengganggu fikiran, tapi sekarang segala kebimbangan dapat saya atasi tanpa perlu ubat-ubatan,” katanya.
Ada pihak menyangka dia sudah bersara berikutan tiada karya baru, Nana berkata menyanyi tetap nombor satu baginya dan masih lagi membuat persembahan.
“Saya masih buat persembahan pentas, cuma mungkin kurang aktif dalam media sosial walaupun menyedari kepentingan medium ini sebagai gelanggang promosi.
“Sejujurnya sikap introvert menyebabkan saya jarang berkongsi aktiviti harian seperti penggiat seni lain malah selepas single Ragu-Ragu empat tahun lalu, kerjaya saya agak perlahan.
“Sekarang saya baru berjinak-jinak dengan TikTok sekaligus berharap penghasilan single terbaharu ini membolehkan saya terus aktif mendekati peminat,” katanya.