“Pentas GV Terlampau Dahsyat, Saya Hanya Seorang Artis Rakaman”
Perjalanan penyanyi Datuk Fazley Yaakob di Gegar Vaganza musim kelapan berakhir semalam apabila menjadi peserta kedua tersingkir malam tadi di minggu keempat.
Menerusi temubual bersama F8Buzz, Fazley mengakui lega apabila tersingkir kerana baginya pentas GV sangat berat untuk dirinya. Bagaimanapun, Fazley berkata dia berasa puas kerana sudah memberikan persembahan terbaik di minggu terakhir.
BACA: Fazley Yaakob Tersingkir, Netizen Kata Akhirnya Dapat Tidur Lena
“Saya rasa lega sebab pentas GV ni sangat berat untuk saya. Saya puas sebab dah bagi persembahan yang lebih baik daripada minggu lalu. Saya tahu pentas GV bukan pentas saya.
“Bila saya masuk GV, tengok latar belakang peserta lain, mereka itu terlampau tinggi berbanding dengan apa yang saya tampilkan. Walaupun saya buat lebih baik, deorang jauh lebih baik setiap minggu,” katanya.
Kata Fazley lagi, dia menyedari tempatnya hanya di studio rakaman dan bukan penyanyi pentas. Menurutnya lagi, dia tetap akan menghasilkan lagu serta showcase untuk peminat.
“Tempat saya adalah studio rakaman. Saya penyanyi rakaman, bukan penyanyi pentas. Kalau di studio kita boleh nyanyi, kalau silap kita perbaiki.
“Saya tetap akan hasilkan lagu, single atau mini album. Saya tetap akan buat showcase, InsyaAllah, ramai minta saya buat showcase di bistro sambil masak. Tetapi pentas dunia nyanyian, ini yang pertama dan terakhir. Saya buat untuk anak saya. Pentas GV terlampau dasyat untuk saya,” katanya.
- SUMBER
- F8BUZZ
*saya hanya seorang penyanyi studio rakam an, kalau silap boleh perbaiki” Kalau tu laa level penyanyi kt Msia sapa2 pun jadi artis rakaman. Seribu kali silap xpe rakam balik yg penting ada duit bayar je org kt studio tu!!!
ntah la, GV tahun tak best. fazley ok je mlm tu. sama level je dgn suki & alif aziz. yg tak sedap bandi & saiful apek. tak faham knp org yg ada improvement kena keluar. koyak terus kawan tu 4 minggu kena kecam dgn netizen.
Setakat boleh menyanyi dgn suara mcm Fazley ni bkn level artis rakaman atau artis persembahan utk masuk tv. Utk nyanyi sendiri dlm majlis utk peminat awak suka hati awak la. Mungkin kalau dulu2 zaman era sblm merdeka org tak terdedah dgn ilmu muzik, tak reti apa2 pasal seni muzik bakat level2 mcm ni boleh laa org anggap berbakat. Tp pd zaman skang ni org dah up bakat ke level yg lbh tinggi dgn mcm2 kemudahan dan kemajuan teknologi yg ada menyebabkan setakat kau boleh nyanyi saja itu bkn lg level seorg artis atau penyanyi.
MSE NETIZEN KECAM…
mula2 masuk GV pikir positif..bile tersingkir terus pikir negetif…
huhu…KOYAK
just be yourself… masak jela
Lepas ni dia akan masuk pertandingan memancing pulak
Dah tersingkir mlm tu..timekasih pd juri pon x..pd stesyen tv pon x..sentap abis lah tu.
Professional lah skit..obvious nampak koyak!
Tok Ram punyer reaction…expected.