Sejak semalam hangat diperkatakan apabila pelakon Fatiya Latiff mengeluarkan kenyataan aktres Zahirah MacWilson dilihat seperti bibik baginya.
Susulan kenyatannya itu, rata-rata netizen mengecam aktres berkenaan dan ramai yang mempertahankan Zahirah. Sehingga kini, Zahirah dan suaminya, Aiman Hakim Ridza tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.
BACA: Fatiya Latiff Yakin Zahirah, Aiman Tak Berani Saman
Diruangan komen Instagram Zahirah, rata-rata netizen mengatakan Aiman membuat pilihan yang tepat berkahwin dengan Zahirah.
Lebih menjadi perhatian, hasil tinjauan mendapati pengikut Instagram Zahirah daripada 2.4 juta kini sudah mencecah 3 juta.
Terdahulu, Fatiya menegaskan sebagai rakyat Malaysia dia mempunyai hak kebabasan bersuara dalam memberikan sesuatu pandangan.
Katanya lagi, dia tetap dengan pendapatnya bahawa pelakon Zahirah seperti bibik serta tidak gentar jika disaman oleh aktres berkenaan dan suaminya.