fbpx

Pengarah Menjamin Filem Lagenda Budak Setan 2 Sama Seperti Novel

Menjadi filem sekuel paling di’nanti untuk tahun ini, tugas untuk menjelmakan kisah novel ke filem menjadi satu beban yang bukan mudah buat penerbit & pengarah Sharad Sharan.

Untuk Lagenda Budak Setan 2: Katerina, Sharad Sharan ambil pendekatan untuk mengekalkan jalan cerita sama seperti novel selepas maklumbalas peminat untuk filem pertama.

Demi mengekalkan jalan cerita, penulis asal novel hits tersebut Ahadiat Akasyah menjadi salah seorang penulis skrip untuk filem ini bersama seorang penulis skrip dari Indonesia.

“Kami kekalkan jalan cerita kali ini supaya para peminat novel tegar tidak merungut sepertimana yang berlaku kepada filem pertama dahulu — yang di’olah sedikit jalan ceritanya”

Sharad Sharan turut menyebut yang filem ketiga untuk siri ini juga akan mengikut jalan cerita asal novel kerana peminat tegar mungkin tidak biasa dengan cara adaptasi sebelum ini.

Lagenda Budak Setan 2 mengekalkan Farid Kamil sebagai Kasyah dan watak Katerina yang asalnya milik Nur Fazura kini di’bawa oleh Maya Karin di’samping Bront Palarae.