fbpx

Pengantin Seksi Di Majlis Akad Nikah Budaya Jahiliah – Mufti

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor berkata trend pengantin wanita beragama Islam yang berpakaian seksi ketika malis akad nikah bercanggah dengan garis panduan Islam.

Memetik Kosmo, Dr. Wan Salim berkata ia merupakan suatu budaya jahiliah dan mungkar yang wajar ditinggalkan.

BACA: “Tak Salah Pun Mufti Minta Maaf Kepada Artis”

“Sebagaimana diketahui sebilangan besar masyarakat Islam bahawa hukum menutup aurat adalah wajib dalam Islam.

“Aurat lelaki Muslim (wajib ditutup) ketika berada di khalayak antara pusat dan lutut, manakala wanita Islam diwajibkan menutup seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan ketika kehadiran lelaki ajnabi (bukan mahram),” katanya.

Beliau mengulas mengenai trend wanita Islam yang berpakaian seksi dan tidak menutup aurat ketika majlis akad nikah.

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai selebriti wanita yang berpenampilan seksi ketika ketika majlis akad nikahnya.

Menurutntya lagi, wanita Islam wajib menutup seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan, namun ketika berada dalam kalangan wanita, mereka hanya diwajibkan menutup bahagian pusat dan lutut.

“Cuma pakaian itu disyaratkan tidak nipis sehingga menampakkan kulit dan tidak terlalu ketat. Secara prinsipnya wanita Islam diharuskan memakai apa jua fesyen pakaian termasuk ketika hadir majlis akad nikah dengan syarat seperti dinyatakan,” katanya. 

SUMBER: Kosmo