Video dikongsikan seorang pencipta kandungan dari Amerika Syarikat iaitu Terry Pernell menjadi perhatian apabila bertemu dengan anak sulung kepada penyanyi Bella Astillah iaitu Ayden Adrean.

Menerusi video dikongsikan di TikTok, Terry meluahkan rasa kagum dengan kanak-kanak berusia 9 tahun itu mendaki Gunung Kinabalu.

BACA: “Ayden Dibuli, Ada Yang Panggil Dia Anak Yatim Di Sekolah Agama”

@terrypernell

Met this absolute legend while climbing Mount Kinabalu. Calm, steady pace… and somehow he smoked me ? Travel reminds you real quick: strength isn’t always about age. Moments like this > any summit photo. MMountKinabaluKKinabaluClimbSSabahMalaysiasuterasanctuarylodges #TravelWithTerryP @Sutera Sanctuary Lodges

? original sound – TravelWithTerryP??????Asia

Sementara itu, Terry yang turut mendaki Gunung Kinabalu berkata Ayden bukan saja berdisiplin malah meninggalkannya di belakang.

“Berpeluang bertemu seorang legenda sejati (Ayden) ketika mendaki Gunung Kinabalu. Tenang dan langkahnya begitu konsisten, tanpa disangka dia meninggalkan saya jauh di belakang.

“Pendakian ini mengingatkan kita bahawa kekuatan tidak semestinya ditentukan oleh usia,” katanya.

Turut menjadi perhatian, Ayden turut menjawab mengenai asal usulnya dari iaitu dari Singapura, Sabah dan Kuala Lumpur.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji Ayden yang tidak melupakan asal-usulnya dimana bapanya iaitu Aliff Aziz berasal dari Singapura.

Malah, netizen turut memuji didikan Bella Astillah kerana Ayden tetap ingat akan bapanya meskipun apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka sebelum ini.

×