Peminat Titip Kata-Kata Semangat Untuk Naim Daniel

Pelakon dan penyanyi popular, Naim Daniel tetap mendapat sokongan serta kata-kata semangat daripada peminat meskipun sedang berdepan spekulasi membabitkan dirinya.

Menerusi perkongsian di Instagram kelab peminatnya @naimians, Naim menerima mesej serta kata-kata semangat serta doa agar dia terus kuat.

BACA: Ibu Bapa Naim Daniel Diugut Bunuh

Kata peminatnya, jika langkahnya ‘terhenti’ rehatlah seketika dan bukan berputus asa, sebaliknya terus bangkit lebih kuat.

Sementara itu, ada netizen mengatakan kebenaran akan terbukti serta mereka akan menunggu penjelasan daripada pihak berkuasa.


Tidak kurang juga, ada yang mengingatkan agar tidak menyebarkan sesuatu jika tidak pasti dan belum sahih kerana sekaligus menyumbang kepada dosa.

×