Peminat Terkejut Tengok Muka Azira Shafinaz Tanpa Mekap
Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz mengenai imejnya yang dikatakan semakin seksi.
Bagaimanapun, Azira memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai kontroversi itu serta bimbang kata-katanya disalah ertikan pihak lain dan meminta mendoakan agar dapat berubah ke arah lebih baik.
BACA: “Doakan Saya Berubah Ke Arah Lebih Baik” – Azira Syafinaz
Baru-baru ini, tular video dikongsikan di aplikasi TikTok oleh seorang jurumekap memaparkan pelakon itu menjadi perhatian dan bualan ramai.
@attyusof @Azira Shafinaz makeup by me, hair by may #attyourservice
Menerusi video itu, peminat dapat melihat wajah Azira tanpa secalit solekan pada wajahnya dan ramai yang meluahkan rasa terkejut.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berkata mereka tidak menyangka kulit wajah Azira sama juga seperti kebanyakan wanita di luar sana jika tanpa solekan.
Tidak kurang juga, ada yang takut untuk memakai mekap secara kerap kerana bimbang jika sekali tidak mengenakakan mekap wajah pasti akan dilihat berbeza.
Bagaimanapun, rata-rata netizen tetap memuji kulit wajah Azira yang cantik meskipun tanpa mekap dan lebih sukakan wajah semula jadi pelakon itu.
- SUMBER
- tikTok
EE takutnyee
Dia mmg x cantik pun xtau pebenda yg org kecuh sngt psl dia. Berlakon pun biasa jer..
Tu tanda korang yg berangan jd artis tu, dah blh terus lantas g kaler rambut, mekap vouge, pakai hebat, jln n gaya perasan hebat. Dah tentu orang ingat korang artis
Dia nie sejenis muka yg tk der aura anak dara.. Baraiii
Muka macam mak lampir… Dara dah barai
Hanya lisa surihani satu satunya artis yang cantik tanpa make up.
..tah pape netizen ni..cantik salah, tak cantik laagi salah..