fbpx

Peminat Terkejut Henry Golding Lakon Adegan Cium Mulut Kaum Sejenis

Namanya semakin dikenali ramai selepas menempa nama di Hollywood, nampaknya pelakon Henry Golding tampil berani apabila melakonkan watak lelaki homoseksual sekaligus mengejutkan peminat di Malaysia.

Lebih mengejutkan, tular trailer filem terbarunya berjudul Monsoon, Henry dilihat mengambil risiko melakonkan adegan sesama lelaki dan mencium mulut dua pelakon lelaki filem tersebut, dimana salah seorangnya ialah Parker Sawyers.

 

Mengulas mengenai peranannya menjayakan watak lelaki homoseksual, Henry berkata pada mulanya dia ragu-ragu, namun mengakui tidak kekok melakonkan adegan sedemikian.

“Saya pernah menjadi penggaya rambut, jadi persekitaran bersama lelaki homoseksual tidak kekok bagi saya. Saya faham dan menghormati mereka,” jelasnya.

Filem Monsoon yang diarahkan oleh Hong Khaou mengisahkan kehidupan Kit (Henry) yang kembali ke negara asalnya, Vietnam untuk mencari asal-usulnya.

Filem Monsoon telah mula ditayangkan di United Kingdom sejak 25 September lalu dan meraih rating yang membanggakan.