fbpx

Peminat Tak Keruan Tengok Ketampanan Meerqeen

Penangan drama Melur Untuk Firdaus bukan saja hangat diperkatakan di Malaysia, malah di negara seberang, Indonesia. Malah, drama itu juga melonjakkan nama pelakon, Meerqeen yang kini dikenali ramai.

Baru-baru ini, perkongsian Meerqeen di aplikasi TikTok menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan dirinya sedang menari berlatar belakangkan lagu terbaharu nyanyian Alyph berjudul Swipe.

BACA: Meerqeen Dikecam Cium Dahi Pelawak Indonesia

Seperti sudah dijangka, video tersebut membuatkan ramai peminatnya tidak keruan apabila rata-ratanya memuji ketampanan pelakon berusia 21 tahun itu.

@meerqeen

Very the chooooosy one ahhhh ? #fyp #foryou #foryoupage

? SWIPE – ALYPH

Malah, ada yang memberitahu sudah menonton video tersebut berulang kali kerana mahu melihat pelakon kesayangan mereka itu.

Baru sahaja dimuat naik sejak semalam, video tersebut telah pun mencecah lebih 4.6 juta tontonan dan menerima lebih 600 ribu tanda suka.