fbpx

Peminat Kecewa Nora Danish Tak Jaga Batas

Berita baik buat peminat sitkom drama Puteri, selepas 15 tahun drama popular itu bakal ditayangkan pada 1 Syawal nanti.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh pelakon Nora Danish menerusi satu gambar di Instagram miliknya bersama dua pelakon drama tersebut iaitu Beego dan Kenchana Devi.

BACA: Banyak Musibah Berlaku, Nora Danish Tak Nak Sambut Hari Jadi

Dalam beberapa perkongsian lain, Nora juga tidak lokek memuat naik video sebalik tabir penggambaran drama empat episod itu. Bukan itu saja, Nora turut berkongsikan momen melepaskan rindu dengan ‘bapa’ Puteri yang dilakonkan oleh Aziz M. Osman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Danish Nora (@noradanish)

Bagaimanapun, perkongsian Nora itu menimbulkan rasa kurang senang peminat yang kecewa melihat aktres itu tidak menjaga batas pergaulan.

Malah, ada yang meluahkan rasa kesal melihat aksi mesra pelakon yang berpelukan serta terikut-ikut dengan budaya barat.

Dalam pada itu, ada yang memberi teguran dan nasihat supaya menjaga batas apatah lagi status pelakon yang sudah mendirikan rumah tangga.