fbpx

Peminat Doakan Zizan Razak & Daiyan Trisha Berjodohan

Usia sudah menginjak 38 tahun, sudah pasti Zizan Razak sering diajukan soalan tentang jodoh dan ramai tertanya-tanya bilakah pelawak itu akan menamatkan zaman bujangnya.

Baru-baru ini, Zizan ada memuat naik gambar bersama Daiyan Trisha yang digandingkan dalam sebuah telefilem berjudul Rompak.

BACA: Zizan Razak Umum Tarik Diri Dari Dunia Forex

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869)

Menerusi perkongsian itu, Daiyan dilihat manis bertudung. Malah, Daiyan juga dilihat datang ke restoran makanan Korea yang diusahakan oleh Zizan.

Melihatkan gambar tersebut, rakan artis dan netizen mengusik pasangan berkenaan apatah lagi kapsyen Zizan berbunyi lucu dan ‘berbunga’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869)

Tidak kurang juga, rakan artis dan netizen turut meresuti jika Zizan dan Daiyan menjalin hubungan serta mendoakan ada jodoh diantara mereka.

Terdahulu, Zizan pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon Juliana Evans dan juga Emma Maembong namun terputus di tengah jalan. Malah, Mira Filzah juga tidak terlepas dari kontroversi percintaan bersama pelawak itu.