Pelawak popular yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi pada Oktober lalu atas kesalahan dadah sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara berkenaan.
Memetik BH Online, hukuman berkenaan dijatuhkan ketika perbicaraannya November lalu dan sumber berkata pelawak tersebut mungkin akan dibebaskan lebih awal jika berkelakuan baik.
BACA: Pelawak Terkenal Ditahan Di Jeddah, Disyaki Bawa Ganja?
“Berdasarkan penghakiman, dia dijangka selesai menjalani hukuman penjara itu pada April ini,” kata sumber.
Sebelum ini, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja namun identitinya tidak didedahkan.
Sejak penahanannya, Kedutaan Besar Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah memberikan bantuan konsular kepada pelawak tersebut.
SUMBER: BH Online