fbpx

Pelakon Pandu Kereta Melulu Sampai Kekasih Tercampak

Seorang pelakon lelaki yang bertindak memandu secara melulu di Jalan Lingkaran Tengah 2, Hulu Kelang petang semalam, ditahan polis hari ini.

Memetik Harian Metro, tindakan pelakon berusia 30 tahun itu menyebabkan seorang penumpang wanita dipercayai kekasihnya tercampak keluar dari kenderaan dalam kejadian berlaku jam 5.30 petang Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kemalangan yang turut tular di media sosial itu membabitkan dua kenderaan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi dipandu selebriti lelaki yang juga pelakon sambilan berusia 30 tahun itu menukar lorong secara zigzag hingga hilang kawalan.

“Kereta itu kemudian hingga terlanggar bahagian sisi kiri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova,” katanya.

Pelanggaran tersebut turut kekasihnya berusia 25 tahun tercampak keluar dan mengalami cedera ringan. Difahamkan ketika kejadian pelakon lelaki itu bertengkar dengan kekasihnya.

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku akibat kecuaian pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.

“Difahamkan ketika kejadian, lelaki itu bertengkar dengan kekasihnya yang juga penumpang wanita yang tercampak dalam kejadian itu,” katanya.

Pemandu kedua-dua kenderaan itu sudah tampil membuat laporan semalam dan pemandu Myvi ditahan bagi siasatan lanjut.