fbpx

Pelakon Lelaki Ada Skandal, Isteri Pun Ada Skandal

Tiada angin, tiada ribut timbul khabar angin mengenai seorang pelakon lelaki didakwa mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Memetik Cik Bunga dari Utusan Online, pelakon lelaki tersebut sebenarnya sudah banyak kali kantoi ada skandal.

Pelakon lelaki itu juga kononnya tak boleh kalau tak ada wanita dalam hidupnya. Kalau lama tinggalkan isteri, laju saja ada skandal di sana sini.

Mungkin si isteri sudah lama berang dengan perangai suaminya yang kaki perempuan juga melakukan perkara sama.

Lebih mengejutkan skandal si isteri dipercayai merupakan bekas teman lelakinya.

“Tetapi yang hairannya, kalau sudah tak ada hati kenapa masih nak teruskan hubungan suami isteri sehingga tergamak buat benda haram dengan adanya kekasih gelap masing-masing?” tulis Cik Bunga.

Difahamkan, pasangan tersebut sudah mempunyai cahaya mata. Apa pun diharap kedua-duanya sedar dengan perbuatan mereka.