fbpx

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Anak Dara Orang

Sejak semalam hangat diperkatakan di media sosial seorang pelakon lelaki didakwa menghamilkan seorang wanita.

Memetik Astro Gempak, turut tular video di TikTok yang menggunakan nama aktor berkenaan serta mendakwa dia sedang hamil anak aktor tersebut.

Individu itu juga mendakwa aktor berkenaan enggan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku serta memilih untuk berdiam diri.

Difahamkan, aktor tersebut baru saja mengatakan mahu berubah menjadi lebih baik. Dalam pada itu, Miss K Gempak juga seakan tidak percaya kerana muka aktor tersebut nampak baik sahaja.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan tersebut kerana akaun berkenaan tidak menggunakan nama betul dan sehingga kini aktor itu masih belum memberi penjelasan lanjut mengenai dakwaan itu.