fbpx

Pelakon Baru Cuba Nasib Pikat Neelofa?

Mungkin ramai tidak mengenali pelakon baru, Alif Hadi yang menjadi antara pelakon dalam drama Red Velvet lakonan Neelofa. Biarpun pengambaran sudah berakhir, nampaknya Alif dan Neelofa masih berhubungan.

BACA: Neelofa Hairan Mengapa Lelaki Takut Dekatinya

Terbaru, Alif sempat meninggalkan komen berbaur romantis di ruangan komen Neelofa pada satu gambar yang dimuat naik olehnya. Apalagi, ramailah yang turut sama komen mengusik pelakon kesayangan mereka itu ‘bermanja’.

Setakat ini tiada pula ura-ura mengenai hubungan ‘kawan tapi mesra’ mereka, tetapi mungkin ada cerita di sebaliknya kalau Alif sudah berani meninggalkan komen seumpama itu di Instagram Neelofa. Mungkin mereka ada apa-apa ke?

Teringat pula dengan kenyataan Neelofa sebelum ini tentang lelaki takut mahu mendekatinya. Nampaknya ada juga yang ‘gentleman’ yang berani menegur Neelofa secara terangan. Apa salahnya kalau keduanya ‘single’. Jadi apa pula gabungan nama yang sesuai untuk mereka ini? (rtky/w)