fbpx

“Pejabat Agama Belum Terima Permohonan Nikah”

Malam Selasa lalu kecoh apabila Fattah Amin dan Fazura didakwa telah bernikah secara senyap kerana terdapat khemah di kediaman nenek Fazura. Namun Pejabat Agama Islam Daerah Petaling mengesahkan tidak menerima sebarang maklumat permohonan dari pihak pasangan terbabit.

BACA: Fattah Amin, Fazura Minta Semua Tunggu 23 November

“Kebiasaannya tiada majlis pernikahan dilakukan pada waktu malam. Pihak yang mahu berkahwin sepatutnya membuat permohonan pernikahan terlebih dahulu sebelum dinikahkan oleh pegawai dari pejabat agama”

Menurut jurucakap pejabat agama, Fattah dan Fazura juga belum hadir bagi menguruskan dokumentasi berkaitan dengan nikah kahwin di pejabat berkenaan. Bagaimanapun pernikahan masih boleh dibuat tanpa permohonan nikah dengan menggunakan khidmat juru nikah kariah masjid berdekatan.

“Apa-apa pun, jika mereka -Fattah dan Fazura benar-benar sudah bernikah, mereka perlu datang daftar di sini -jika pernikahan dilakukan di daerah Petaling,” jelasnya kepada m Star Online.

Pada ketika ini Fattah dan Fazura berada di tanah suci, Mekah bagi menunaikan ibadah umrah. Difahamkan sepulangnya mereka ke tanah air nanti, akan diadakan sebuah sidang media dari pihak mereka. Kami juga tidak pasti apa yang berlaku, harapnya bukanlah sekadar gimik album semata. (rtky/w)