fbpx

Payung Rahmah Semakin Rancak Sekarang Ni Gais, Bantu Ramai Rakyat!

Anda mesti dah tahu tentang Inisiatif Payung Rahmah yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2023 dan sekarang digerakkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kan?

Yang paling melekat di kepala kami adalah Menu Rahmah. Sekarang dah nampak Menu Rahmah ni merata-rata tempat. Boleh dikatakan ramai juga usahawan yang mengusahakan restoran menyahut seruan untuk mewujudkan Menu Rahmah kepada pelanggan yang memerlukan.

Menu Rahmah hanya RM5 sahaja tau. Semua cukup lengkap lauk pauknya. Bukan saja nasi, chicken chop pun harga RM5. Malah air di Cha time pun sama. Ada yang jual durian pun pakai harga Rahmah. Terbaik lah!

Sekurang-kurangnya dapat juga membantu rakyat yang memerlukan. Ye lah faham dengan keadaan ekonomi negara sekarang ini, ramai lagi yang masih tak mampu untuk makan bermewah. Dengan adanya Menu Rahmah ini, boleh juga mereka merasa makanan sedap-sedap. Hehe.

Tapi tahukah anda sebenarnya bukan Menu Rahmah jer yang diperkenalkan. Jualan Rahmah dan Bantuan Bakul Rahmah turut diadakan untuk membantu mereka yang menghadapi cabaran kos sara hidup ketika ini.

Kredit gambar: Facebook Salahuddin Ayub

Jualan Rahmah menawarkan barang keperluan yang harganya sehingga 30% lebih murah daripada harga pasaran manakala Bantuan Bakul Rahmah pula terdiri daripada pemberian barangan asas atau baucar bernilai RM100 setiap bulan untuk tempoh 6 bulan kepada setiap ketua isi rumah miskin tegar.

Kredit gambar: Facebook Salahuddin Ayub

Terbaharu, Inisiatif Payung Rahmah diperluaskan lagi kepada Pakej Rahmah Cermin Mata pula. Fuh, sangat membantu!

Kredit gambar: Facebook Salahuddin Ayub

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam hantaran di laman Facebook rasminya, berkata melalui inisiatif yang dijayakan dengan kerjasama syarikat MOG Eyewear itu, rakyat boleh membeli cermin mata pada harga antara RM50 dan RM100, selain menaik taraf kanta kepada ‘blue cut lens’ dengan perlindungan sinaran ultra ungu pada harga RM100 sahaja.

Pakej ini boleh didapati di 96 cawangan MOG Eyewear di Malaysia! Jadi, kalau ada yang rabun tu, anda boleh dah usha mana yang patut untuk membelinya.

Tambah beliau, Inisiatif Payung Rahmah ini akan diteruskan dengan pelbagai lagi tawaran menarik sesuai dengan keperluan dan kehendak rakyat Malaysia.

Kerajaan Ambil Berat

Seperti yang anda tahu, Kerajaan mengambil berat tentang kebajikan B40 dan miskin tegar, jadi dengan adanya inisiatif ini dapatlah meringankan beban rakyat dalam menangani isu kos sara hidup yang semakin meningkat.

Kredit gambar: Facebook Salahuddin Ayub

Langkah-langkah ini berjaya memberikan kelegaan kepada kumpulan sasaran. Bagi anda yang layak dan masih tidak mendapat manfaat daripada inisiatif ini, kena cepat-cepat rebut peluang ini. Jangan malu jangan segan okay!

Untuk Menu Rahmah dan Jualan Rahmah boleh didapati di seluruh negara dan mudah diakses oleh rakyat manakala untuk inisiatif lain, anda boleh buat permohonan.

Jangan risau, proses permohonan tidak menyusahkan dan mesra pengguna. Bantuan segera disediakan untuk anda yang layak!

Untuk info lanjut boleh lawati LINK INI.

#Belanjawan2023 #BelanjawanMADANI