“Patutnya Kalau Orang Tak Sihat Tak Senyum Macam Tu” – Irfan Haris

Perkongsian pelakon Fattah Amin menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar memaparkan penyanyi Amira Othman sedang memegang jambangan bunga tulip.

Menerusi hantaran itu, Fattah turut mendoakan agar Amira yang juga ‘rakan sekerja’ kini berada di hospital akibat keracunan makanan agar segera sembuh.

BACA: Irfan Haris Mahu Abang Ipar Tinggi, Boleh Nyanyi & Berlakon

Lebih menjadi perhatian adik kepada Amira yang juga penyanyi Irfan Haris mendedahkan situasi berlaku ketika Fattah melawat kakaknya di hospital.

“Lepas habis kerja tu saya buka Instagram, saya tengok kakak saya tengah senyum. Senyum yang lebar.

“Patutnya kalau orang tak sihat tak senyum macam tu. Tapi dapat bunga dari ‘rakan sekerja’ so dia senyum macam tu. Bila saya tengok tu, saya blur juga takut siapa yang bocorkan rahsia. Tapi tengok-tengok Abang Long yang post,” katanya.

Sementara itu, Irfan berkata dia bersama ibu bapanya turut ‘blushing’ melihat senyuman Amira dan Fattah. Malah, Irfran turut berseloroh mengatakan ‘ambil sajalah bumi ni’.

“Abang Long ada (dekat hospital) dah dia yang post maksudnya dia ada lah. Sampai bunag pun saya tak tahu ada berapa kuntum. Yang penting saya tengok senyuman kakak saya dan senyuman Abang Long.

“Saya dekat tepi tu pun kata dalam hati ambil je lah bumi ni. Saya yang tengok mereka pun blushing dekat tepi bilik hospital tu. Dah macam cendol dah. Yelah tu rakan sekerja. Mama abah pun ada,” katanya.

SUMBER: Xtra

×