Sebut saja nama Masya Masyitah, pasti ramai tahu penyanyi muda itu sering dikritik susulan fesyen muslimah yang digayakannya disifatkan melampau.
Semalam, tiada angin tiada ribut perkongsian Masya di Instagram mengejutkan ramai apabila memuat naik gambarnya tidak mengenakan hijab.
BACA: Masya Masyitah Minta Netizen Cermin Diri
Menerusi perkongsian itu, Masya dilihat cantik mengenakan jaket bersama skirt berwarna merah jambu serta kapsyen yang ditulis seakan memberi kata-kata semangat buat dirinya.
View this post on Instagram
Sementara itu, diruangan komen ada segelintir netizen seolah sudah menjangkakan penyanyi itu akan membuka hijab susulan pelbagai kontroversi mengenai penampilannya sebelum ini.
Malah, ramai yang memberikan komen sindiran mengatakan patutlah penyanyi itu menunjukkan aurat sedikit demi sedikit.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang menitipkan nasihat serta berharap agar penyanyi itu akan kembali menutup aurat suatu hari nanti.