Pelakon Datin Intan Najuwa meluahkan rasa bimbang untuk membawa anaknya melancong kerana dirinya terlalu banyak berfikir serta mengakui sehingga ‘anxiety’.
Menerusi perkongsian di Threads, Intan bimbang dari segi penjagaan anak sama ada untuk berjalan menaiki kereta atau pun pengangkutan udara.
BACA: Baru Usia 5 Bulan, Intan Najuwa Bangga Anak Pandai Tidur Di Katil Sendiri

“My anxiety level nak travel dengan anak. Baik naik kereta, naik flight, semua I paranoid ye. Paranoid melampau. Risau macam-macam benda,” tulisnya.
Sementara itu, Intan berkata suaminya Datuk Ahmad Azraf Azman turut memintanya untuk lebih tenang dalam apa jua keadaan.
“Sampai suami aku suruh tenang sikit. Beginilah jadi mak mak eh. Mungkin saya patut bertenang sedikit dan nikmati perjalanan dan tidak terlalu memikirkan banyak perkara,” katanya.
Terdahulu, Intan memberitahu dia tidak pulang ke kampung untuk hari raya tahun ini kerana tidak mahu anaknya, Imane Lunara tertekan kerana kesesakan lalu lintas yang teruk.