Baru Usia 5 Bulan, Intan Najuwa Bangga Anak Pandai Tidur Di Katil Sendiri

Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsikan dia kini sedang melatih anaknya, Imane Lunara yang kini berusia 5 bulan untuk tidur sendirian di katilnya sendiri.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Intan berkongsikan anaknya sudah mula tidur sendirian sejak Selasa lalu dan bangga dengan Lunara. 

BACA: “Datin & Datuk Anggap Macam Keluarga” – Pembantu Rumah Intan Najuwa Syukur Dapat Majikan Baik

“Hari kedua melatihnya tidur di atas katilnya sendiri.Saya bangga dia tidur sendiri di katilnya sekarang,” katanya.

Sementara itu, Intan memberitahu anaknya tidur ditemani oleh jururawat dan pengasuhnya yang akan menjaga Lunara.

“Jururawat dan pengasuh akan bersama Lunara dan menjaganya semasa syif malam pada malam,” katanya.

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Imane Lunara.

×